SAINTIS Perancis
Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun
1975.
Presiden Perancis
menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis
mumi Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di
zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Nabi
Musa dan para pengikutnya yang melarikan diri dari kekejamannya. Mesir
menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumi itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di
sana mumi itu disambut dengan pesta dan keramaian. termasuk Mitterand dan para
pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumi itu dibawa di hadapan
mereka. Mumi itu kemudian diletakkan di ruang khusus di Pusat Arkeologi
Perancis. Di situ dilakukan pemeriksaan sekaligus membongkar rahasianya oleh para
pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat
terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar
bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. sebagai
pakar di bidang gastro entorologi. Semua keluarga kerajaan dan keluarga pemimpin
dunia menggunakan jasa Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin
Mesir, Anwar Sadat. Dan pada kesempatan ini beliau membedah dan menyiasat mumi
Firaun, mengerahkan seluruh tenaga dan pikirannya untuk menguak misteri dibalik
penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya
sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat
pada jasad mumi tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat
tenggelam di dalam laut. yaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’
segera dan dijadikan mumi supaya jasad itu awet.
Namun penemuan itu
menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad
tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya
tenggelam dan dikeluarkan dari laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan
akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, yaitu proses menyelamatkan mayat
Firaun dari laut dan cara pengawetannya.
Laporan tersebut
diterbitkan dengan tajuk; Mumi Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Modern
(judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). akhir penerbitan
laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan yaitu Le
Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan
anugerah Prix General dari Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH
FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
Namun seorang teman
sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan
sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah
berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara
sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille
kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri
yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi
moden, peralatan canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi
serba salah dan bingung jika diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai
oleh umat Islam telah meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian
mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin
penasaran, bagaimana kejadian seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumi
itu baru saja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di
tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil melihat mumi Firauan
yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus bertanya-tanya bagaimana
al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur
sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang
coba menangkap Nabi Musa? Apakah masuk akal Nabi Muhammad mengetahui hal
sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun terjadi sebelum al-Quran diturunkan,”
pertanyaan-pertanyaan dalam hatinya.
Lalu beliau mencari
kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah
laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.
Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam
kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak
dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan
seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berhasil menyelamatkan
diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di
tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat
terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya
kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin
kebingungan.
Apabila mumi dikembalikan ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumi
itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai
sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sampai Bani Israel meninggalkan Mesir dan
dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang
mereka membacakan ayat al-Quran yang berhubungan dengan sejarah tersebut untuk diperdengarkan
Dr. Bucaille sendiri:
“Maka pada hari ini
Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang
yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari
tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”
Saat mendengar ayat
ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui
kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi
serta dorongan kepada sains untuk maju menerka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang
begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan
dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman
dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam
tetapi beliau kemudian pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.
Akhirnya beliau menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan
sekarang kini telah diterjemahkan dalam berbagai bahasa pada tahun 1976, yaitu
The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light
of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudian
dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berhasil membuktikan bahawa
al-Quran adalah sumber dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah
sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah.
Ini kerana dalam Injil terdapat berlbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi
tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di
dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang
sangat bertepatan dengan sains modern,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan
bahawa tidak diragukan lagi al-Quran benar-benar kalam Allah SWT.

No comments:
Post a Comment